|
| |
|
|
|
|
|
|
Translation: English
|
|
Terkini:
Kenapa ada Kelab
Sebuah kelab adalah sekumpulan individu yang mempunyai minat/kegemaran yang
sama. Dengan bersatu dalam satu kelab banyak perkara boleh dilakukan. Suara
individu-individu yang bernaung dalam satu kelab akan kedengaran lebih jelas.
Ini dapat memberi ‘kuasa’ meminta atau melakukan sesuatu. Jika anda hendak
beriadah hujung minggu ke Cameron misalnya. Anda perlu membayar untuk
penginapan dan membuat booking bersendirian. Tetapi jika kelab yang
mengaturnya, kos penginapan mungkin lebih murah dan begitu juga perkara-perkara
lain.
Antara lain adalah membantu dalam alat ganti, insuran, kemalanagan, medical
dan banyak lagi tetapi kejayaan sesebuah kelab bergantung kepada jumlah ahli
dan kecimpungan ahli-ahli. Di UK misalnya ada kelab untuk sebuah jenama
motosikal sudah berjalan hampir 100 tahun dan kuasa membeli mereka begitu kuat
mereka dapat meyakinkan kilang membuat alat ganti untuk moto-moto mereka yang
sudah lama tidak dikeluarkan.
Di Amerika banyak kelab mampu mengupah peguam untuk ahli-ahli bagi
mengendalikan kes-kes kemalangan mereka baik dengan syarikat insuran ataupun
pihak ketiga.
Kelab kita bagaimana?
Harapan kami adalah untuk mewujudkan sebuah kelab motosikal yang kuat yang
mampu memberi kemudahan-kemudahan yang biasa diperlukan oleh penunggang di negara
ini. Hala tuju kelab bergantung kepada ahli ahlinya dan keberkesanannya pula
bergantung kepada jumlah ahli. Andai kelab kita BESAR, tidaklah kita terabai insyaAllah, berbanding jika kita kecil, maka
tiada apalah yang kita mampu lakukan melainkan riding bersama-sama.
Dengan itu renungkanlah...
Semoga kita semua mendapat petunjuk dan kebaikan dari penyatuan ini,
tidak kira bangsa atau ugama kerana yang pasti, setiap niat dan
perbuatan yang baik akan mendapat ganjaran sepuluh kali ganda dariNYA,
insyaAllah.
|
Pengumuman:
Salam 1Malaysia,
Sudahkah Anda mendaftar keahlian Anda untuk
Dr Moto Fan Club?
Jika belum,
JANGAN LENGAH
|
|
Pendaftaran Ahli
Untuk kemudahan semua, pendaftaran keahlian boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:-
- Melengkapkan borang on-line
dan pendaftaran melalui pentadbir drmoto.com.my.
- Melengkapkan borang on-line
dan pendaftaran terus oleh ahli,
- Melengkapkan
manual dan hantarkan kepada wakil-wakil kami.
|
|
|
|
| |
|
|
Pemberitahuan / Acknowledgements
|
|
Pengumuman
Announcement
|
| |
|
Untuk pertanyaan sila hubungi :-
For inquiries please contact:-
Lando Zawawi
H/p:
016 665 8552
Email: lando_siria@
yahoo.com
|
|
|
Copyright © 2009 DrMoto.com.my
Designated trademarks and brands are the property of their respective owners. |
|
|